Ahad, 6 April 2014

PERATURAN SEKOLAH


PERHIMPUNAN

Perhimpunan Harian

1. Pelajar sesi pagi dikehendaki beratur di koridor kelas selepas loceng pertama dibunyikan pada pukul 7.20 pg dan selepas itu mesti mengikuti Program Contact- Hour.

2. Pelajar sesi petang dikehendaki beratur di tapak gelanggang badminton selepas loceng pertama dibunyikan pada pukul 1.10 tgh dan selepas itu mesti mengikufi Program Contact-Hour.

3. Semasa doa dibacakan, semua pelajar dikehendaki senyap dan tidak bergerak manakala pelajar Islam dikehendaki meng’Amin’kan doa.

4. Loceng kedua dibunyikan 10 minit kemudian selepas Program Contact-Hour menunjukkan permulaan waktu sesi Pengajaran & Pembelajaran.

5. Pelajar yang datang lewat dikehendaki berbaris di tapak gelanggang badminton untuk tindakan disiplin.

6. Selepas rehat semua pelajar dikehendaki beratur di tapak gelanggang badminton sebelum masuk ke kelas masing-masing.

 
Perhimpunan Mingguan

1. Semua pelajar dikehendaki berpakaian seragam sekolah dengan kemas dan bertali leher.

2. Semua pelajar dikehendaki membawa buku diari bagi mencatat maklumat penting yang disampaikan semasa perhimpunan.

3. Semua pelajar dikehendaki menyanyikan empat buah lagu iaitu Lagu Negara Ku, Lagu Negeri Selangor, Lagu Jalur Gemilang, dan Lagu Sekolah.

4. Semua pelajar dikehendaki senyap dan memberi tumpuan sepanjang tempoh perhimpunan berlangsung.

5. Guru Disiplin dan guru bertugas dikehendaki memastikan semua pelajar telah bersedia sebelum aturcara perhimpunan dimulakan.

6. Pelajar sesi pagi dikehendaki masuk ke kelas masing-masing dengan diawasi oleh pengawas secara teratur dan senyap selepas perhimpunan tamat.

7. Pelajar dikehendaki naik ke kelas mengikut laluan tangga yang ditetapkan.

8. Pelajar sesi petang dikehendaki turun ke tapak perhimpunan (Dataran Budi) dari kelas masing-masing dengan teratur dan senyap diawasi oleh pengawas bertugas tepat jam 6.20 petang.



KEKEMASAN DIRI
 
Pakaian Seragam Sekolah Pelajar Lelaki

1. Pelajar lelaki dikehendaki memakai seluar panjang yang berwarna hijau kehitaman (dark olive) dan baju berlencana sekolah yang berwarna putih dan berlengan pendek.

2. Seluar pelajar lelaki tidak dibenarkan berfesyen, terlalu ketat atau terlalu longgar dan bukaan kaki seluar antara l4 incin -18 inci.

3. Berkasut kanvas dan berstokin putih. Kasut jenis ‘High-cut’ atau sporty tidak dibenarkan.

4. Tali pinggang tidak melebihi 1inci atau 3.75 cm lebar dan berwarna hitam hijau seluar sekolah, atau biru kehitaman. Tali pinggang berkepala besar dan mempunyai lambang ditengah.

5. Bertali leher dan memakai tanda label bulat berwarna biru/merah di kolar bagi pelajar sesi pagi.

 

Pakaian Seragam Sekolah Pelajar Perempuan

1. Blous putih berlengan pendek den pinafore biru (turquoise) di bawah paras lutut dan tidak melebihi 2 inci. Pelajar perempuan yang beragama Islam dikehendak memakai baju kurung teluk belanga dan bertudung warna putih tanpa bersulam serta kain sarung berwarna biru turquoise.

2. Berkasut kanvas dan berstokin putih. Kasut jenis ‘High-cut’ atau ‘sporty’ tidak dibenarkan.

 

Pakaian Seragam Pengawas Lelaki

1. Baju berwarna biru muda berlengan panjang.

2. Seluar panjang berwarna biru tua.

3. Berkasut kulit hitam dan berstokin yang berwarna hitam atau biru tua.

 

Pakalan Seragam Pengawas Perempuan

1. Skirt berwarna biru tua dan blouse berwarna biru muda.

2. Baju kurung berwarna biru muda dan kain sarung berwarna biru tua.

3. Sekiranya memakai tudung atau mini telekong hendaklah berwarna biru muda.

4. Berkasut kulit hitam dan berstokin yang berwarna hitam atau biru tua.
 
 
 
PERATURAN DI KELAS
 “Kebersihan dan Keceriaan Kelas Tanggungjawab Bersama”
1. Setiap pelajar bertanggungjawab memastikan:
· Lantai dan tingkap sentiasa bersih.
· Papan kenyataan dipenuhi dengan maklumat dan sentiasa dikemaskinikan.
· Kerusi dan meja mencukupi, tidak dirosakkan dan tidak diconteng.
· Bakul sampah, penyodok sampah dan penyapu diletakkan di bahagian belakang kelas serta pastikan sampah dibuang.
· Tiada sampah di dalam meja.
· Segala peralatan kelas seperti penyapu adalah tanggungjawab kelas berkenaan.
· Sampah dibuang ke tong sampah besar.
· Tiada sampah di koridor kelas.
2. Ketua darjah/ Penolong ketua darjah bertanggungjawab menyediakan jadual bertugas    
        kebersihan kelas, jadual waktu, carta organisasi dan kawasan kelas.
3.     Sebelum meninggalkan kelas pastikan:
· Kerusi dan meja disusun secara teratur dan kerusi diletakkan di atas meja sebelum balik,
· Suis kipas dan lampu ditutup.
· Bakul sampah dikosongkan.
· Pelajar-pelajar beratur di luar kelas sebelum ke Makmal, Bengkel atau Padang.
· Papan putih dibersihkan.
4. Ketua darjah/Penolong ketua darjah perlu memastikan Buku Rekod Disiplin dan 
        Kehadiran pelajar ditandatangani oleh setiap guru mata pelajaran.
5. Semasa pengajaran/pembelajaran setiap pelajar hendaklah sentiasa berada di dalam 
        Kelas.
6. Pelajar tidak dibenarkan turun ke padang untuk PJK tanpa kebenaran atau kehadiran 
        guru berkenaan.
7.     Pelajar dilarang keluar kelas dan ke tandas tanpa menggunakan PAS KEBENARAN yang boleh didapati daripada guru.
8.     Apabila loceng waktu balik dibunyikan semua pelajar dikehendaki keluar kelas dengan teratur.
 
 
 
PERATURAN KANTN
1. Pelajar-pelajar dibenarkan berada di kantin hanya pada waktu rehat sahaja kecuali dengan kebenaran bertulis guru.
2. Pelajar-pelajar yang didapati berada di kantin di luar waktu rehat tanpa kebenaran dianggap “Ponteng Kelas”.
3. Pelajar-pelajar mesti beratur semasa membeli makanan dan minuman dan dilarang berebut-rebut.
4. Pelajar-pelajar mesti duduk di meja yang ditetapkan mengikut jantina dan makan/ minum dengan sopan.
5. Pinggan, mangkuk, sudu, dan lain-lain yang telah digunakan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas khas yang disediakan oleh pihak kantin.
6. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari kawasan kantin.
7. Pelejar-pelajar mesti membuang sampah ke dalam Tong Sampah
8. Pelajar-pelajar dilarang memasuki bahagian dalam kantin dan juga bilik makan guru.
9. Jauhkan diri dan elakkan dari berhampinan dengan kuali panas.
10. Pekerja-pekerja kantin mestilah dihormati dengan penuh hemah.
11. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan membeli makanan atau minuman di luar waktu rehat.
 
 
PERATURAN PENGGUNAAN SURAU
1. Kasut dan selipar ditanggalkan sebelum masuk ke surau.
2. Dilarang membuat bising, bercakap, makan dan minum di dalam atau di luar surau.
3. Tidak dibenarkan melepak atau tidur di dalam atau di kaki lima surau.
4. Bensembahyanglah secara berjemaah mengikut imam.
5. Menyusun dan mengemas telekung mengikut bahagian-bahagian yang telah ditetapkan.
6. Al-Qunan, Yasin dan kitab-kitab agama yang telah digunakan diletakkan semula ditempat yang telah dikhususkan.
7. Sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah.
8. Pintu, tingkap dan suis surau hendaklah ditutup setelah selesai menggunakan surau terutamanya kepada kelas yang terakhir.
9. Bilik wuduk hendaklah sentiasa dijaga kebersihannya
 
TINGKAHLAKU YANG DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN

(Ref:K.P 8543 I Vol 2 (55). Surat Pekeliling lkhtisas BiI.911975)
1. Tingkah laku Jenayah
111 Berjudi
112 Mencuri
113 Melawan/mengancam/memukul/mencederakan guru
114 MeIawan/mengancam/memukul/mencederakan pengawas
115 Memeras ugut
116 Membuli
117 Menganggotai kumpulan haram/kongsi gelap
118 Menyalahgunakan dadah
119 Membawa senjata berbahaya
120 Mencabul kehormatan
121 Mengancam/memukul dan mencederakan murid lain
122 Menceroboh bilik khas/kedai buku/koperasi/Pejabat sekolah/asrama
123 Mengedar dadah
124 Menunjuk perasaan/mengganggu ketenteraman sekolah.
125 Bertaruh secara besar-besaran
2. Tingkah laku Lucah
221 Bercumbu-cumbuan
222 Berkhalwat
223 Membawa bahan-bahan lucah ke sekolah
224 Mengintai murid-murid perempuan
225 Menggunakan kata dan perbuatan lucah
226 Melukis dan menulis kata-kata dan gambar-gambar lucah
3. Kekemasan Diri
331 Berambut panjang/fesyen rambut bertentangan dengan peraturan sekolah
332 Berkuku panjang, berinai dan memakai pewarna kuku
333 Bermisai dan berjanggut
334 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah
335 Memakai barang-barang perhiasan yang dilarang ke sekolah
4. Tingkah laku Tidak Mementingkan Masa
441 Berkeliaran di kawasan sekolah
442 Datang lewat ke sekolah
443 Lewat ke perhimpunan
444 Makan di kantin di luar masa rehat
445 Lewat pulang ke asrama
 
PERATURAN BILIK-BILIK KHAS
 
MAKMAL SAINS
1. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam Makmal Sains tanpa kebenaran kehadiran guru.
2. Pelajar mesti berbaris dengan senyap di luar makmal sehingga guru datang
3. Pelajar tidak dibenarkan membawa beg dan makanan ke dalam makmal.
4. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bilik persediaan tanpa kebenaran
5. Ujikaji tidak boleh dijalankan tanpa guru.
6. Pergerakan dalam makmal mesti dihadkan.
7. Setiap kemalangan seperti luka, terbakar, melecur, bahan termasuk mulut dan terkena pada pakaian mesti dilaporkan serta-merta kepada guru dengan segera.
8. Alat-alat rosak/pecah mestilah dilaporkan kepada guru dengan segera dan hendaklah dicatatkan ke dalam buku kerosakan.
9. Sesuatu benda yang termakan mesti diludahkan dengan segera dan cuci mulut dengan menggunakan air yang banyak.
10. Tidak dibenarkan menguji rasa sesuatu benda tanpa arahan guru.
11. Jika asid atau alkali terkena kulit atau pakaian, ianya mestilah dicuci dengan air yang banyak.
12. Sebarang kerosakan alat-alat elektrik mestilah dilaporkan kepada guru dengan segera.
13. Bahan kimia (pepejal) tidak boleh dibuang ke dalam sinki, ianya patut dibuang ke dalam tong-tong yang dikhaskan.
14. Semasa mencurahkan asid atau bahan-bahan kimia berair ke dalam sinki, siram dengan air yang banyak.
15. Pastikan semua suis elektrik dan paip air ditutup sekiranya tidak digunakan.
16. Selepas setiap ujikaji semua peralatan dan bahan kimia mestilah disimpan dalam keadaan bersih dan teratur di tempat asal.
 
BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU
1. Pelajar mesti beratur di luar sebelum masuk ke dalam bengkel.
2. Tanpa kebenaran guru, pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel.
3. Pergerakan pelajar di dalam bengkel dihadkan.
4. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan sebarang alatan dan panel alatan tanpa kebenaran guru.
5. Pelajar mesti menjaga keselamatan din semasa berada di bengkel.
6. Semasa projek kayu diadakan, semua pelajar mesti memakai apron yang disediakan.
7. Bila alatan digunakan, pelajar mesti menggunakan alatan tersebut dengan berhati-hati, Pastikan mata alatan yang tajam menuju/menghala ke bawah,
8. Alatan yang rosak mesti dilaporkan kepada guru.
9. Alatan di bengkel hanya boleh dipinjam melalui guru mata pelajaran masing-masing.
10. Kebersihan bengkel adalah tanggungjawab bersama.
 
 
. Tingkah laku Kurang Sopan dan Biadab
     551 Berkelakuan kasar terhadap guru
     552 Berkelakuan kasar terhadap pengawas
     553 Berkelakuan kasar terhadap murid
     554 Berbahasa kesat
     555 Menyimpan rokok
     556 Menghisap rokok
557 Mengganggu pengajaran dan pembelaiaran
558 Tidak menghormati guru
559 Tidak menghormati pengawas
6. Tingkah Laku Musnah
661 Merosakkan harta benda sekolah
662 Merosakkan harta benda pengetua/guru besar/dan guru-guru
663 Merosakkan harta benda kantin sekolah
664 Merosakkan harta benda murid
665 Merosakkan harta benda asrama
7. Tingkah laku Tidak Jujur/Menipu
771 Menipu yang melibatkan wang
772 Menipu yang melibatkan kepercayaan
8. Ponteng
881 Ponteng kelas
882 Ponteng sekolah
883 Ponteng perhimpunan
884 Ponteng kegiatan luar bilik darjah/ko-kurikulum.
885 Ponteng ujian
886 Ponteng peperiksaan
887 Ponteng untuk “Private —study’
888 Ponteng asrama
 
PERATURAN BILIK-BILIK KHAS
 
PUSAT SUMBER SEKOLAH
Peraturan Am
1. Pusat Sumber dibuka pada setiap han Isnin hingga Jumaat. Waktu 9.00 pg- 4.30 ptg
2. Murid-murid DILARANG melakukan perkara-perkara berikut:
2.1 Membawa masuk beg, bungkusan dan payung ke dalam Pusat Sumber.
2.2 Makan, minum dan tidur di dalam Pusat Sumber.
3.    Utamakan kebersihan dan keselamatan di Pusat Sumber.
4.     Pinjaman dan pemulangan bahan/buku mesti dibuat mengikut peraturan yang telah    ditetapkan.
5.     Semua pinjaman dan pemulangan bahan hendaklah direkodkan.
6.     Sekiranya menggunakan alatan elektrik, jangan lupa mematikan suis, sebelum meninggalkan Pusat Sumber,
7.     Kakitangan Pusat Sumber Sekolah berhak menegur den mengambil tindakan sewajarnya kepada pengguna yang melanggar peraturan.
8.     Alatan yang telah digunakan hendaklah disimpan di tempat asalnya dan meja hendaklah di kemaskan.
CATATAN
Sekiranya berlaku kebakaran di bilik-bilik khas:
1. Pastikan loceng kebakaran dibunyikan dengan segera.
2. Keluar dari bilik-bilik khas dengan cepat den teratur.
3. Pastikan semua suis elektrik dan pintu bilik ditutup.
 
Peraturan Bilik Tayangan dan Galeri Bahasa
1. Penggunaan bilik mestilah dengan menggunakan borang tempahan yang disediakan.
2. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising, makan atau bermain-main.
3. Sebarang peminjaman peralatan mestilah dibuat melalui penyelaras bilik dan mengisi rekod pinjaman.
4. Setiap penggunaan mestilah direkodkan ke dalam buku rekod penggunaan bilik.
5. Segala kerosakan mestilah dimaklumkan kepada pihak penyelaras.
6. Pastikan keadaan bilik tensusun kemas selepas digunakan.
7. Pastikan semua suis dimatikan selepas penggunaan bilik.
8. Guru dan pelajar bertanggungjawab sepenuhnya tenhadap segala peralatan yang terdapat di sini.
 
BILIK ERT
1. Pelajan-pelajar tidak dibenarkan masuk ke Bilik ERT tanpa kebenaran guru.
2. Beg-beg pelajar hendaklah diletakkan di luar atau di tempat yang diarahkan oleh guru.
3. Pelajar-pelajar tidak dibenarkan memasak tanpa guru.
 
 
 
 
 
 
 

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan